Sunday, 25 November 2012

Home




NAME : MOHD FAIROZE BIN AHMAD TAJUDIN
MATRIX NO : 2012202994
IC NO : 860827-09-5037
GROUP : EAMA1A
LECTURER NAME : PUAN ANITA BT. MOHD YASIN





Monday, 19 November 2012

About Myself..


Nama saya Mohd Fairoze Bin Ahmad Tajudin. Dilahirkan di Hospital Besar Kangar Perlis. Kampung halaman di Kedah.Sudah berkahwin dengan Siti Nadia Binti Yusup. Tahun pernikahan 2011. Mempunyai 3 orang adik beradik. 







Gambar menunjukkan ahli keluarga saya. Berdiri dibelakang dari kiri, Mohd Fairoze, Siti Nadia (isteri),Farahdila(kakak) dan Mokhtar (abang ipar). Manakala duduk di hadapan kiri Ramalah Haji Abdullah (ibu) dan Faizatul Waheda(adik) gambar ini merupakan gambar semasa Hari Raya Aidilfitri 2012.









Gambar ini menunjukkan saya dan isteri menjalani sesi pengambaran di luar setelah akad nikah. Alhamdulillah selesai satu tanggungjawab seorang lelaki.






Education

Sekolah pertama saya ialah Sekolah Rendah Kebangsaan Tualang di Pokok Sena Kedah. Darjah 1 sehingga darjah 6. Mendapat keputusan 4A 1B untuk Ujian Penilaian Sekolah Rendah. Mendapat tawaran masuk ke Sekolah Menengah Syed Omar selama 3 bulan sebelum menerima tawaran ke sekolah berasrama penuh.


Alhamdulillah setelah 3 bulan di Sekolah Menengah Syed Omar saya ditawarkan ke Sekolah Menengah Sains Pokok Sena. Semasa Penilaian Menengah Rendah saya mendapat keputusan 7A 1 C. C merupakan mata pelajaran Bahasa Inggeris. Manakala untuk Sijil Pelajaran Malaysia saya mendapat keputusan cukup-cukup lulus semua saja untuk meneruskan pelajaran ke Tingkatan Enam Bawah dan Atas.

Dengan keputusan Sijil Pelajaran Malaysia yang kurang memberangsangkan saya meneruskan pula pelajaran di Kolej Sultan Abdul Hamid di mana kolej ini juga pernah menjadi tempat Tun Dr Mahathir belajar satu ketika dahulu. Tapi itu semua tidak menjanjikan semua pelajarnya akan berjaya sama macam beliau. Keputusan untuk Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia pula 2 B 1 C dan 1 lagi gagal. Cukup-cukup melepasi syarat  tawaran melanjutkan pelajaran dalam bidang pengajian Ijazah.


Alhamdulillah setelah berhempas pulas mendapatkan pekerjaan dan atas rezeki dari Allah s.w.t saya ditawarkan untuk bekerja sebagai Pegawai Bomba semenjak 15 April 2007 dan mendirikan rumah tangga pada 4 Februari 2011.Saya mengambil keputusan untuk menyambung kembali pelajaran saya yang telah sekian lama ditinggalkan. Pada tanggal 4 Ogos 2012 saya sah bergelar Mahasiswa di Universiti Teknologi Mara Kampus Shah Alam dan secara pengajian jarak jauh.








Work



Lencana di atas merupakan lencana yang dipakai oleh setiap Pegawai Pasukan Khas Udara Bomba yang berpangkalan Subang. Payung melambangkan setiap Pegawai haruslah mempunyai sayap di dada dan memerlukan latihan selama sebulan Di Fram Wakaf Tapai untuk ditauliahkan sebagai Penerjun. Secara amnya, setiap pegawai perlu menghabiskan terjunan sebanyak 12 kali untuk ditauliahkan sebagai Junior Jumper. Selepas 30 kali penerjunan pegawai akan ditauliahkan pula sebagai Senior Jumper.Gambar helikopter pula bermaksud bidang utama kerja setiap pegawai di Subang iaitu bekerja dengan pesawat. Manakala pisau ditengah-tengah pula bermaksud mempunyai latihan hidup di hutan yang wajib dikuasai oleh setiap pegawai di Subang.


Pesawat pertama ialah A109E. Buatan Italy. Pangkalan Udara Bomba Subang mempunyai pesawat ini sebanyak 1 buah.







Agusta AW139. Pesawat paling canggih buatan Italy buat masa ini. dilengkapi dengan kelegkapan sistem digital. Pangkalan Udara Bomba Subang mempunyai pesawat ini sebanyak 2 buah.




Pesawat ini merupakan buatan Russia. Mi-17. Pesawat ini diperolehi sebanyak 2 buah dan masih beroperasi dengan baik sehingga sekarang.



Pesawat ini digelar Mi-171. Buatan Russia. Sama seperti Mi-17 pesawat ini ada 2 buah di Pangkalan Udara Bomba Subang.





Latihan pertama untuk setiap Pasukan Khas Udara Bomba ialah turun tali dari pesawat dengan cara dikenali sebagai abseiling. Cara ini digunakan untuk turun ke tempat di mana pesawat tidak dapat mendarat dengan selamat. Ketinggian ketika latihan ialah 150 kaki dan panjang tali yang digunakan ialah 250 kaki.









Latihan kedua dikenali sebagai teknik Fast Roping. Cara ini seringkali digunakan di mana memerlukan Pasukan Khas untuk turun ke tempat operasi secara cepat dan selamat. Ketinggian ketika latihan ialah 100 kaki dan panjang tali yang digunakan ialah 150 kaki.


Teknik ini dikenali sebagai winching. Teknik ini selalu digunakan apabila untuk mengeluarkan mangsa di tengah-tengah hutan tebal di mana kanopi pokoknya melebihi 150 kaki. Had maksimum winching ini ialah 295 kaki. Terdapat dua teknik iaitu single lift dan double lift.











Gambar di atas menunjukkan kerja-kerja yang dilakukan oleh Pangkalan Udara Bomba Subang. Ini menunjukkan di mana jika berlaku kecemasan atau tumpahan minyak yang besar di tengah lebuh raya dan memerlukan pesakit dihantar ke hospital dengan cepat. Pesawat yang akan digunakan ialah Agusta A109E kerana ianya lebih kecil dan kurang mendatangkan mudarat kepada kenderaan darat yang lain.





Antara kebiasaannya setiap pegawai bomba perlulah berani untuk berhadapan dengan haiwan berbisa dan seangkatan denganya.



Selain dari itu saya juga telah dilantik sebagai Pegawai Unit Sumber bagi Pangkalan Udara Bomba Subang. Antara tugasnya ialah menghadiri setiap pameran yang berkaitan. Selain itu kami juga berperanan untuk menyebarkan kepada orang awam tentang fungsi-fungsi dan tugas-tugas kami sebagai Pegawai di Pangkalan Udara Bomba Subang ini.








Friday, 16 November 2012

Training

Gambar di bawah merupakan latihan yang dijalani oleh saya. Antaran ialah mendaki puncak gunung kinabalu, ikhtiar hidup di hutan selama sebulan dan menjalani asas terjun payung untuk melayakkan diri bekerja di Pangkalan Udara Bomba Subang.