Sekolah pertama saya ialah Sekolah Rendah Kebangsaan Tualang di Pokok Sena Kedah. Darjah 1 sehingga darjah 6. Mendapat keputusan 4A 1B untuk Ujian Penilaian Sekolah Rendah. Mendapat tawaran masuk ke Sekolah Menengah Syed Omar selama 3 bulan sebelum menerima tawaran ke sekolah berasrama penuh.
Alhamdulillah setelah 3 bulan di Sekolah Menengah Syed Omar saya ditawarkan ke Sekolah Menengah Sains Pokok Sena. Semasa Penilaian Menengah Rendah saya mendapat keputusan 7A 1 C. C merupakan mata pelajaran Bahasa Inggeris. Manakala untuk Sijil Pelajaran Malaysia saya mendapat keputusan cukup-cukup lulus semua saja untuk meneruskan pelajaran ke Tingkatan Enam Bawah dan Atas.
Dengan keputusan Sijil Pelajaran Malaysia yang kurang memberangsangkan saya meneruskan pula pelajaran di Kolej Sultan Abdul Hamid di mana kolej ini juga pernah menjadi tempat Tun Dr Mahathir belajar satu ketika dahulu. Tapi itu semua tidak menjanjikan semua pelajarnya akan berjaya sama macam beliau. Keputusan untuk Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia pula 2 B 1 C dan 1 lagi gagal. Cukup-cukup melepasi syarat tawaran melanjutkan pelajaran dalam bidang pengajian Ijazah.
Alhamdulillah setelah berhempas pulas mendapatkan pekerjaan dan atas rezeki dari Allah s.w.t saya ditawarkan untuk bekerja sebagai Pegawai Bomba semenjak 15 April 2007 dan mendirikan rumah tangga pada 4 Februari 2011.Saya mengambil keputusan untuk menyambung kembali pelajaran saya yang telah sekian lama ditinggalkan. Pada tanggal 4 Ogos 2012 saya sah bergelar Mahasiswa di Universiti Teknologi Mara Kampus Shah Alam dan secara pengajian jarak jauh.



No comments:
Post a Comment