Lencana di atas merupakan lencana yang dipakai oleh setiap Pegawai Pasukan Khas Udara Bomba yang berpangkalan Subang. Payung melambangkan setiap Pegawai haruslah mempunyai sayap di dada dan memerlukan latihan selama sebulan Di Fram Wakaf Tapai untuk ditauliahkan sebagai Penerjun. Secara amnya, setiap pegawai perlu menghabiskan terjunan sebanyak 12 kali untuk ditauliahkan sebagai Junior Jumper. Selepas 30 kali penerjunan pegawai akan ditauliahkan pula sebagai Senior Jumper.Gambar helikopter pula bermaksud bidang utama kerja setiap pegawai di Subang iaitu bekerja dengan pesawat. Manakala pisau ditengah-tengah pula bermaksud mempunyai latihan hidup di hutan yang wajib dikuasai oleh setiap pegawai di Subang.
Pesawat pertama ialah A109E. Buatan Italy. Pangkalan Udara Bomba Subang mempunyai pesawat ini sebanyak 1 buah.
Agusta AW139. Pesawat paling canggih buatan Italy buat masa ini. dilengkapi dengan kelegkapan sistem digital. Pangkalan Udara Bomba Subang mempunyai pesawat ini sebanyak 2 buah.
Pesawat ini merupakan buatan Russia. Mi-17. Pesawat ini diperolehi sebanyak 2 buah dan masih beroperasi dengan baik sehingga sekarang.
Pesawat ini digelar Mi-171. Buatan Russia. Sama seperti Mi-17 pesawat ini ada 2 buah di Pangkalan Udara Bomba Subang.
Gambar di atas menunjukkan kerja-kerja yang dilakukan oleh Pangkalan Udara Bomba Subang. Ini menunjukkan di mana jika berlaku kecemasan atau tumpahan minyak yang besar di tengah lebuh raya dan memerlukan pesakit dihantar ke hospital dengan cepat. Pesawat yang akan digunakan ialah Agusta A109E kerana ianya lebih kecil dan kurang mendatangkan mudarat kepada kenderaan darat yang lain.
Antara kebiasaannya setiap pegawai bomba perlulah berani untuk berhadapan dengan haiwan berbisa dan seangkatan denganya.

.jpg)
.jpg)
.jpg)

No comments:
Post a Comment